Friday, July 24, 2009

ketentuan yang tak diduga..

Hari ini berlaku sesuatu yang baru dalam hidup saya.Pada saat ini sepatutnya saya berada di Taman Malaysia Seremban bagi menjalani satu perkhemahan asas pertahanan awam yang dianjurkan oleh universiti saya yang mana persatuannya di gelar sebagai SISPA (siswa/siswi pertahanan awam)

Namun,ketentuan Allah mengatasi segalanya.Entah mengapa pada saat akhir sebelum berangkat tiba-tiba hati saya membulat tekad untuk menarik diri dari perkhemahan tersebut sedangkan semalam segala kelengkapan telah dibuat.Dengan kekuatan yang ada,saya cuba menghubungi ketua gerakan bagi menyampaikan hasrat tersebut.namun panggilan saya gagal.

ketika itu,terlintas di fikiran saya untuk menghubungi ibu bagi meminta pendapat dan pertolongannya.Alhamdulillah,ibu saya memahami keadaan saya dan menyokong tindakan tersebut demi kesihatan saya.Akhirnya ibu saya sendiri menghubungi ketua tersebut untuk memaklumkan situasi yang berlaku.(terima kasih banyak2 ibu..)

Alhamdulillah, ketua gerakan akhirnya bersetuju untuk mengizinkan saya untuk tidak menghadiri perkhemahan tersebut dan juga membenarkan saya untuk keluar dari persatuan ini.Namun, saya perlu berurusan dengan pihak kokurikulum terlebih dahulu bagi memaklumkan tentang penarikan diri dari persatuan.

Apa yang berlaku hari ini mengingatkan saya pada kekuasaaNYA..Sesungguhnya Allah maha berkuasa.Tiada siapa yang dapat menghalang perancangannya yang maha hebat.Bagi saya, apa sahaja yang ditentukannya pasti ada hikmah yang tersendiri,sebagai hambanya yang kerdil,saya hanya mampu redha dan bersyukur.......

Wednesday, July 22, 2009

percubaan dalam mengejar hidayah..

Alhamdulillah...dengan izin Allah..saya diberi kekuatan untuk cuba meneruskan langkah saya dalam berdakwah..semuanya tak semudah yang disangka..segalanya memerlukan pengorbanan sama ada dari segi wang,masa,tenaga dan sebagainya..salam ukhwah saya ucapkan buat sahabat2 yang sudi menjenguk blog saya ni..ini baru percubaan..hehe..bukan ape..cemburu jugak tengok sahabat2 lain dapat berdakwah dan berkongsi ilmu melalui blog ni..jadi..inilah percubaan saya dalam mengejar hidayah Allah.....InsyaAllah..saya akan perbaiki segala kelemahan yang ada dan pastinya saya akan berkongsi segala ilmu dan pengalaman saya melalui blog ini..syukran ala kulli hal..wa ahlan wa sahlan...:-)